Friday, April 30, 2010

Dunia Pentas Kehidupan

Dunia merupakan pentas kehidupan. Manusia pula pelakonnya, dan tuhan itu pengarahnya. Setiap orang mempunyai peranan dan tugas masing2. Ada yang memegang watak sebagai orang kaya, ada yang memegang watak sebagai orang miskin. Ada yang jadi bos, ada yang jadi kuli. Ada yang jadi raja, ada yang jadi hamba. Walaupun ianya nampak kejam, tetapi semua orang harus memainkan watak masing2 bagi menjayakan pementasan tersebut.


Sebagai contoh; jika semua orang di dunia jadi doktor, siapa yang mahu sapu sampah? siapa yang mahu membersihkan longkang yang tersumbat? siapa yang mahu menangkap ikan di laut? Jika kita lihat kepada rukun iman yang ke-6, iaitu percaya kepada qada' dan qadar. qada' dan qadar bermaksud ketentuan tuhan. Tuhan sudah mengaturkan watak setiap manusia sejak azali lagi. Ianya diatur supaya dunia ini seimbang. Qada' dan qadar ini sebenarnya fleksible. Boleh berubah dengan syarat seseorang itu berusaha. Macam orang arab selalu kata; 'Man jadda wa jada' bermaksud siapa yang berusaha, dia akan dapat. Tetapi ada satu benda yang tidak boleh diubah walaupun kita berusaha, iaitu masa kematian kita. Ianya tidak akan cepat walau sedetik dan tidak akan lambat walau sedetik.



Jadi, kehidupan itu sebenarnya indah, cuma kita sahaja yang tak mensyukurinya. Bersyukurlah atas kehidupan yang kita ada. Macam omputih (Org Putih) selalu cakap; 'better that nothing'. Mafhum hadith Rasulullah; "Celakalah siapa yang hari ini dia, lebih buruk dari semalam". Kita disuruh supaya membaiki diri kita supaya menjadi manusia yang lebih berguna dari hari ke hari. Tetapi ingat, dalam membuat sesuatu, biarlah berpijak di bumi yang nyata. Ukurlah baju di badan sendiri. Janganlah sampai apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.



Hidup ini tak lama, hargailah dan gunalah sebaik-baiknya. Janganlah bazirkannya dengan benda yang remeh temeh. Banyak lagi benda berfaedah yang korang boleh buat macam kumpul duit pegi haji, fikirkan persiapan ke akhirat, bayar hutang2 (termasuk hutang puasa dan solat). Ingat, kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki. Dunia, pentas kehidupan. Sekian cerita kedai kopi...